Monday, January 5, 2009

1.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 1-6 )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الم
| 1
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ | 2
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ | 3
والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ | 4
أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ | 5
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ | 6

Alif Lam Mim (1).

Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa (2).

Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan ( mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).

Dan orang beriman kepada Kitab "Al-Qur'an" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4).

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya (5).

Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman (6)

0 comments: