Saturday, January 3, 2009

BACAAN RUQYAH SYAR'IYAH DARI HADITHS NABI MUHAMMAD ( SAW )

Doa untuk orang sakit.
1) Dari Aisyah r.a., "Adalah Rasul SAW. Menangkal ahlinya ( keluarganya ). Beliau menyapu badan ahlinya yang sakit dengan tangan kanannya seraya membaca :


"Ya Allah, Tuhan yang memelihara manusia, hilangkan kesusahan ini, sembuhkan dia. Engkaulah yang Menyembuhkan, tidak ada suatu penyembuhan kecuali penyembuhan Engkau, sembuh tidak diiringi sakit lagi." ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


2) Jibril datang kepada Nabi SAW. Pada suatu masa lalu bertanya kepada Nabi SAW : "Ya Muhammad, adakah engkau merasa sakit? Menjawab Nabi : benar." Maka Jibril pun mengucapkan doa ini terhadap Nabi. :


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku lindungkan engkau dengan nama Allah yang Maha Esa, yang dituju oleh segala makhluk, yang tiada beranak dan tiada diperanakkan dan tidak ada seorang yang sebanding dengan Dia - dari kejahatan yang engkau derita ini." ( Riwayat Muslim dan lain-lain )


3) Apabila Rasulullah SAW sakit, beliau meletakkan tangannya di bahagian tubuhnya yang terasa sakit, kemudian beliau membaca :


"Dengan menyebut nama Allah." (3x)
"Aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan penyakit yang aku derita dan yang aku gelisahkan." (7x) ( Riwayat Ahmad )


4) Boleh juga anda membacakan Ayatul Ruqyah pada minyak biji hitam ( Habbatus Sauda' ) dan pesakit disuruh menyapukannya pada bahagian tubuh yang sakit setiap pagi dan petang. Ini boleh dilakukan untuk semua sihir. Dalam Shahih Bukhari dijelaskan bahwa Rasulullah SAW, bersabda :


Biji Hitam adalah ubat bagi setiap penyakit, kecuali mati. ( Riwayat Al-Bukhari )


5) Makan tujuh biji kurma kering sebelum sarapan pagi. Yang sebaiknya ada Kurma Madinah Al-Munawwarah, kerana ini yang lebih baik. Tetapi bila tidak ada, kurma dari mana pun boleh dimakan, sesuai dengan kemampuan untuk memperolehinya. Sabda Nabi SAW :


Barangsiapa sarapan/makan pagi dengan tujuh biji kurma kering, maka pada hari itu racun dan sihir tidak akan membahayakannya. ( Riwayat Al-Bukhari )

0 comments: